Tuesday 23 December 2014

Miniature Sculpture : Proses Penghasilan

   Langkah pertama penghasilan arca ini ialah menghasilkan acuan/mould dengan menggunakan tanah silikon (tanah liat=silikon). Tanah ini mempunyai isipadu yang pejal dimana ia tidak akan kering bagi memudahkan pengkarya membentuk arca mereka mengikut ekspressi yang telah dipilih.

  Karya dihasilkan dengan saiz yang standard iaitu 3' x 2' x 2'



   Langkah kedua ialah membuat mother mould/acuan POP dengan menggunakan POP+air. POP digunakan kerana POP mempunyai nilai penyerapan haba yang tinggi.

Tips : Bancuhan POP memerlukan kepekaan yang tinggi. Semakin banyak serbuk POP dicampurkan ke dalam kuantiti air, semakin cepat POP tersebut kering. 

Contoh : 100g POP + 100ml air = 45min(masa yang diambil untuk kering)
200g POP + 100ml air = 20min

   Plaster dibiarkan kering selama beberapa hari agar ia kering dengan sempurna

Tips : Biarkan POP kering dengan betul bagi mengelakkan timah yang dituang menggelegak



   Langkah ketiga ialah mencairkan timah secukupnya. Timah dicairkan menggunakan penunu. Mangkuk tanah liat digunakan sebagai alas agar timah dapat dicairkan sepenuhnya.




   Timah yang telah cair akan dituang masuh ke dalam acuan dan dibiarkan sejuk.

Amaran : Jangan memegang timah menggunakan tangan yang kosong



   Langkah seterusnya ialah memecahakan POP yang telah sejuk dan mencuci karya sebagai kemasan akhir.




    Dengan menggunakan berus dawai, hasil karya yang telah dibasuh akan dibersihkan baki POP dan dikilatkan dengan perlahan sehingga berpuas hati.


HASIL AKHIR








   

Miniature Sculpture : Alat dan Bahan

 Berikut ialah alat dan bahan yang digunakan dalam penghasilan miniature sculpture ini :


Tanah Liat
  • Merupakan tanah liat yang dicampur silikon agar mudah untuk dibentuk
  • berfungsi sebagai mould atau acuan dalam penghasilan karya

Plaster of Paris

  • Digunakan untuk menghasilkan acuan
  • Dibancuh menggunakan air yang dibiarkan kering dengan sempurna

Batang Timah atau/Ladung Timah



  • Digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan karya
  • Dicairkan menggunakan torch atau penunu api biru
  • Batang timah yang digunakan hampir 6-7 batang bagi miniature saiz 3'x2'
  • Ladung timah yang digunakan memerlukan 20 ketul bagi miniatur bersaiz 3'x2'
 
Berus Dawai

  • Digunakan untuk mencuci miniatur yang telah keras sebagai kemasan terakhir
  • Menghasilkan kilatan pada karya

Pengukir dan tukul

  • Digunakan untuk memecahkan POP yang telah diisi dengan timah

Penunu bunsen

  • Digunakan untuk mencairkan timah dan membakar ruang POP agar kering dengan sempurna
  • Memerlukan pemerhatian yang tinggi

Miniature Sculpture : Kajian Ekspressi Muka

Pengenalan Perak Man

       Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah LenggongHulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.
   Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyaicongenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.
   Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.

 





Ekspressi Muka

   Kami diberi tugasan untuk membuat mimik muka Perak Man. Oleh kerana tiada yang mengetahui bagaimana wajah Perak Man yang sebenar maka mimik muka Perak Man itu diolah dan diberi mimik oleh para pelajar mengikut kreativiti.

Berikut ialah contoh-contoh mimik muka yang dipilih untuk dijadikan rujukan :-









Ekspressi Muka yang Dipilih

   Menggunakan tanah liat yang telah dicampurkan dengan silikon, ekspressi muka diolah dan dihasilkan dengan pelbagai teknik seperti teknik picit, luakan, tambahan dan sebagainya.










Miniature Sculpture : Pengenalan

   Miniature Sculpture atau dikenali sebagai Arca Miniatur mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Table Sculpture bermaksud suatu arca yang boleh dikatakan sebagai suatu arca yang berfungsi terus ke atas permukaan meja. Hal ini kerana, tiada cakupan yang khusus untuk Table Sculpture. Pelbagai teknik diaplikasikan dalam proses penghasilan Table Sculpture ini.




ARCA FUNGSI

   Suatu hasil seni yang berbentuk 3D yang dapat digunakan oleh manusia untuk tujuan tertentu. Penghasilannya menekankan fungsi atau kegunaan sesuatu. Contoh arca berfungsi ialah labu sayung yang mengisi air, tugu negara untuk peringatan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Table Sculpture juga berfungsi sebagai penindan atau bekas alatan selain menjadi hiasan. Bersesuaian dengan namanya, Table Sculpture kebiasaannya diletakkan di atas meja.

Sebagai peringatan

Memberi arahan

Menindan kertas

Bekas pensil