Tuesday 23 December 2014

Miniature Sculpture : Proses Penghasilan

   Langkah pertama penghasilan arca ini ialah menghasilkan acuan/mould dengan menggunakan tanah silikon (tanah liat=silikon). Tanah ini mempunyai isipadu yang pejal dimana ia tidak akan kering bagi memudahkan pengkarya membentuk arca mereka mengikut ekspressi yang telah dipilih.

  Karya dihasilkan dengan saiz yang standard iaitu 3' x 2' x 2'



   Langkah kedua ialah membuat mother mould/acuan POP dengan menggunakan POP+air. POP digunakan kerana POP mempunyai nilai penyerapan haba yang tinggi.

Tips : Bancuhan POP memerlukan kepekaan yang tinggi. Semakin banyak serbuk POP dicampurkan ke dalam kuantiti air, semakin cepat POP tersebut kering. 

Contoh : 100g POP + 100ml air = 45min(masa yang diambil untuk kering)
200g POP + 100ml air = 20min

   Plaster dibiarkan kering selama beberapa hari agar ia kering dengan sempurna

Tips : Biarkan POP kering dengan betul bagi mengelakkan timah yang dituang menggelegak



   Langkah ketiga ialah mencairkan timah secukupnya. Timah dicairkan menggunakan penunu. Mangkuk tanah liat digunakan sebagai alas agar timah dapat dicairkan sepenuhnya.




   Timah yang telah cair akan dituang masuh ke dalam acuan dan dibiarkan sejuk.

Amaran : Jangan memegang timah menggunakan tangan yang kosong



   Langkah seterusnya ialah memecahakan POP yang telah sejuk dan mencuci karya sebagai kemasan akhir.




    Dengan menggunakan berus dawai, hasil karya yang telah dibasuh akan dibersihkan baki POP dan dikilatkan dengan perlahan sehingga berpuas hati.


HASIL AKHIR








   

No comments:

Post a Comment