Tuesday 23 December 2014

Artist In School (A.I.S)


Tarikh :
21-23 November 2014
Tempat :
Sekolah Kebangsaan Kem Terendak 1, Melaka


   Pada 21 hingga 23 November  2014 yang lalu, pelajar Pendidikan Seni AT023 Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mengadakan satu program Artist In School (AIS). Program ini disertai oleh pelajar UPSI seramai 40 orang (26 perempuan & 14 lelaki).


 Pelajar AT023 Studio Arca 2014/2015


   Program AIS ini dianjurkan oleh para pelajar UPSI bersama pihak sekolah SK Terendak Kem 1 bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan menambah pengalaman pelajar UPSI serta membantu pelajar menyesuaikan diri dengan kondisi kawasan persekolahan.

                                          

                                          

Makan bersama adik angkat

Sarapan pagi

   Program AIS mengadakan aktiviti melukis mural dan adik angkat bersama pelajar SK Terendak Kem 1. Kami diminta melukis mural mengikut tema yang diberikan.

Berikut ialah tema yang diminta :
1. Batik
2. Abstrak
3. Laman Ilmu
4. Muzik
5. Menara Gading
6. Kerjaya
7. ICT
8. Sukan




Proses pemilihan design mural pada malam hari pertama


   Hari Kedua kami di sana, kami memulakan aktiviti dengan bersarapan pagi bersama para adik angkat dan para guru SKTK1. Kami membahagikan bahan dan alatan seperti berus, cat, pensil, masking tape dan sebagainya. Para pelajar UPSI mulai beredar ke dinding seperti yang telah dibincangkan.








   Walaupun kami mengalami beberapa masalah seperti kekurangan peralatan, cat dan sebagainya. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya menyiapkan mural dengan penuh jayanya.













Lawatan Dr. Halim ke setiap mural
Bengkel bersama pelajar SKTK1
  

   Kami juga berpeluang untuk melawat Pantai Puteri yang merupakan salah satu pantai tumpuan pelancong di Melaka.






   Ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi bersama saya menjalankan program ini dengan jayanya.

Alhamdulillah







No comments:

Post a Comment