Sunday 26 October 2014

Arca Timbulan : Proses Pembuatan

Langkah-langkah Penghasilan Arca Timbulan dan Acuan (Mould)


   Langkah pertama, bentukkan tanah liat menjadi sebuah bongkah yang berukuran 6' x 6' x 3' menggunakan kotak kayu. Kemudian dibiarkan selama beberapa jam.

   Tanah liat yang separa keras/kering tadi akan ditekap gambar yang telah dipilih sebagai tanda untuk diukir nanti.

Tips : Tutupkan tanah liat menggunakan kain yang lembab sepanjang proses mengukir bagi mengelakkan tanah tersebut keras sepenuhnya.

   Proses luakan digunakan bagi arca timbulan ini. Setelah proses meluak selesai, tanah liat akan dibiarkan selama beberapa jam. Dengan menggunakan getah silikon atau silicon rubber, acuan arca atau dipanggil mould akan dihasilkan. Silikon tadi akan disapu rata ke atas tanah liat yang telah siap diukir bagi mendapatkan acuan.

Tips : Silikon haruslah disapu setebal yang mungkin bagi mengelakkan silikon itu terkoyak apabila kering.



   Sementara menunggu silikon keras sepenuhnya, dengan menggunakan kotak kayu tadi kita mestilah membuat penahan silikon bagi mengelakkan mould kita berubah bentuk ketika menuang bancuhan Plaster of Paris(POP) ke dalamnya.

Tips : Bancuhan POP memerlukan kepekaan yang tinggi. Semakin banyak serbuk POP dicampurkan ke dalam kuantiti air, semakin cepat POP tersebut kering. 

Contoh : 100g POP + 100ml air = 45min(masa yang diambil untuk kering)
200g POP + 100ml air = 20min

Mould dan penahan


   Sebaik sahaja silikon kering, pisahkan silikon daripada tanah liat tadi. Mould akan terhasil. Tempatkan mould ke dalam penahan tadi kemudian tuangkan bancuhan POP dengan segera. Bancuhan POP yang baik tidak akan mengambil masa yang lama untuk kering.





   Selepas POP kering sepenuhnya, hati-hati keluarkan POP daripada mould. Sekiranya terdapat banyak kekurangan pada POP yang telah kering itu seperti pecah pada bahagian kecil atau ada bintik-bintik tambahan, kita tidak perlu risau kerana itu boleh dibaiki.

   Bagi POP yang terdapat pecahan pada bahagian-bahagian kecil, kita boleh mengambil sedikit bancuhan POP yang likat dan titiskan pada bahagian yang pecah. Setelah kering bahagian tersebut, ukirlah semula bahagian yang pecah dengan elok.

   Bagi POP yang terdapat bintik-bintik POP lebihan pula, kita cuma perlu membaikinya dengan mengukir semula kepada bentuk asalnya dengan kemas.


Proses Mengukir untuk kekemasan





Hasil Akhir

*Lima POP dan satu tanah liat


No comments:

Post a Comment