Thursday, 9 October 2014

ARCA : Pengenalan dan Sejarah

          Arca merupakan hasil seni berbentuk 3 dimensi ( 3D ). Arca berasal daripada perkataan  ‘sculpture’ yang beerti mengukir, memotong, menebuk atau melarik.Biasanya arca diletakkan di dalam suatu ruang untuk tujuan pameran. Nilai estetiknyadapat dihayati dengan pancaindera. Permukaan arca boleh dipegang dan arca bolehdipandang dari pelbagai sudut pandangan. Arca juga terdapat dalam bentuk realistik atau bentuk abstrak.

         Banyak arca dicipta melalui tempahan untuk memperingati sesuatu peristiwa bersejarah, atau kehidupan seorang tokoh. Arca bertujuan sebagai seni awam yangdipamerkan di luar, tetapi kekadangnya juga dipamerkan di dalam bangunan awamuntuk menegaskan sesuatu dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang bolehditekankan melalui penggunaan perkataan.

         Menjelang abad ke dua puluh, apabila seni mencapai dimensi baru, arca berubahkepada ciri abstrak dan membuka era baru dalam peradaban arca. Kategori arca bolehdibahagikan kepada dua iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

         Ciri-Ciri arca yang baik dan kreatif Arca yang kreatif dan baik haruslah dihasilkan menepati tema dan tajuk yang ingindiketengahkan oleh pengkarya. Kebiasaannya pengkarya ingin berkongsi tema bersama dengan pengarca yang lain. Tema yang ingin diketengahkan seperti perkongsian maklumat, dokumentasi, lonjakan paradigma, cetusan emosi dan perasaan. Semua persoalan yang ingin diketengahkan haruslah ada pada arca yangdihasilkan dan mampu menonjolkan persoalan berkenaan melalui hasilan pengkarya.
           
          Bahan binaan arca juga haruslah sesuai dengan tujuan hasilan. Dalam pengkaryaanarca, asemblaj mewakili karya yang agak bebas dan pelbagai penggunaan bahan danmedia. Maka dengan itu kesepaduan dalam pelbagai penggunaan bahan dan mediadapat menjadikan sesuatu arca yang kreatif dan menepati ciri-ciri sebuah arca bersesuaian denga tema.Arca yang baik haruslah kukuh, kuat, selamat dan tahan lama. Sejarah arcamembuktikan bahawa sebuah arca yang baik menggunakan alat dan bahan terdiridaripada kombinasi yang padat dan kukuh.

SEJARAH

          Arca yang paling awal ditemui merupakan arca ukiran gading, tulang, tanduk dan tanah liat. Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magladenia pada kira-kira tahun 8000S.M. Masyarakat zaman tamadun awal seperti orang Mesir, yunani, Mesopotamia, China dan India turut menghasilkan beraneka jenis seni arca dengan menggunakan bahan-bahan yang berlainan. Pada zaman ini, subjek dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan disebabkan fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan mereka.

          Pengarca yang termasyur yang mula menceburi bidang seni arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua iaitu Henry Moore yang berbangsa Inggeris dan Alberto Giacometti, warganegara Switzerland. Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk penghasilan arca beralih daripada bahan tradisional seperti marmar, kayu, gangsa dan sebagainya kepada bahan plastik, nilon, fabrik dan bahan buangan yang lain.


Seni arca mulai diketahui apabilaa terjumpa patung kecil Cyladic yang diukir di sebuah pulau di Laut Aegean lebih kurang 4500 tahun yang lalu. Ketika itu boleh dikatakan semua arca-arca yang dibina berbentuk figura manusia dan ianya berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan pada masa itu. Sebgai contoh ialah arca terkenal yang bertajuk the Loacoon (50SM) yang menunjukkan satu situasi dramatik tiga orang lelaki dibelit ular. Pada abd ke-20, para arcawan mula mengubah bentuk arca kepada bentuk yang abstrak seperti Hendry moore dan alberto Giacomitti.

        Di Malaysia pula arca tidak berkembang dengan meluas. Perkembangannya bermula dengan bentuk-bentuk yang berunsur magik untuk kegunaan keagamaan. Sebgai contoh, patung-patung orang asli kaum Jah Hud dan Mah meri. Pada sekitar 1960-an pengarca-pengarca di Malysia mula membina arca moden.Antara arcawan tempatan yang terkenal ketika itu ialah Anthony Lau(Rimba) , Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal dan Lim Kian.

No comments:

Post a Comment