Sunday, 26 October 2014

ARCA : Jenis dan Contoh

      Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. permukaan dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik, mencungkil dan menguris

      Selalunya arca dapat dilihat di galeri, taman permainan dan tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan tugu peringatan.


Reclining Mother and Child, 1975,
Henry Moore, (British, 1898-1986)
Bronze, 94.5" x 53.5" x 47.5"


JENIS-JENIS ARCA

      Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikiran yang tinggi untuk menginterpretasikan bentuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi(reka bentuk yang bersifat kearcaan).

Asemblaj

      Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaan aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.

     Penciptaan arca asemblaj termasyur iaitu 'Bicycle Wheel' (karya asli telah hilang) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.

Bicycle Wheel
Marcel Duchamp, 1951

Timbulan

                      Arca ini juga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimbulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara ciri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi figura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan.

Henri Matisse-Back, IV,
1930-1931


Jacques Lipchitz
Maquette No.1 for 'Musical Instruments'
(1923)


Mobail
                Arca mobailmerupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkam menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai arca bergerak atau arca kinetik. Mobail biasanya digantung di atas siling.

                Bahagian mobail dicantum pada sendi untuk membolehkannya bergerak, berputar atau berombak. Mobail mula dipelopori oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.


ALEXANDER CALDER
American, 1898-1976
The Star, 1960
Polychrome Sheet metal and steel wire
35 3/4 x 53 3/4 x 17 5/8


Stabail

                Arca stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tetapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantumkan boleh bergerak secara terawang-awang.

                Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap atau siling.


Calder, Alexander
'Stabile, Paris-La-Defense'-(1976)

Calder, Alexander-
'HollowEgg'-(1939)



Gabungan

Diorama

                Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau sisi.
                Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang perlu berdasarkan tema diorama.



2 comments:

  1. senang boleh cari maklumat tentang arca..^_^

    ReplyDelete
  2. Online Casino site - Lucky Club
    Online Casino site. Welcome to Lucky Club. the casino game of chance at Lucky Club and play it online now and 카지노사이트luckclub see why this site is so popular. Rating: 4.2 · ‎18 votes

    ReplyDelete