Tuesday 23 December 2014

Miniature Sculpture : Kajian Ekspressi Muka

Pengenalan Perak Man

       Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah LenggongHulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.
   Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyaicongenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.
   Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.

 





Ekspressi Muka

   Kami diberi tugasan untuk membuat mimik muka Perak Man. Oleh kerana tiada yang mengetahui bagaimana wajah Perak Man yang sebenar maka mimik muka Perak Man itu diolah dan diberi mimik oleh para pelajar mengikut kreativiti.

Berikut ialah contoh-contoh mimik muka yang dipilih untuk dijadikan rujukan :-









Ekspressi Muka yang Dipilih

   Menggunakan tanah liat yang telah dicampurkan dengan silikon, ekspressi muka diolah dan dihasilkan dengan pelbagai teknik seperti teknik picit, luakan, tambahan dan sebagainya.










No comments:

Post a Comment